4 Amalan Penjagaan Bateri Laptop Baru

Anda tidak akan pernah tahu sekiranya tidak diberitahu atau anda sendiri tidak ingin ambil tahu mengenai perkara ini. Nampaknya macam perkara kecil, tetapi berbaloikah untuk kita membeli bateri baru dan dalam hanya beberapa bulan sahaja bateri laptop kita itu tidak dapat bertahan seperti ketika baru dibeli.

4 Amalan ini wajib dilakukan untuk memastikan bateri laptop anda mencapai tahap yang terbaik!


1. Pastikan Bateri Anda dicas Penuh

Tidak kira samada bateri anda pada ketika baru beli itu walaupun masih ada 50% kadar bateri, anda hendaklah cas dahulu bateri laptop itu sepenuh-penuhnya (100%).




2. Nyahkan Kuasa Bateri Laptop Anda

Apabila bateri laptop anda dah 100% penuh, sila cabut atau padamkan suis adapter/charger anda. Gunakan tanpa adapter/charger ini sehingga kadar bateri itu betul-betul mencapai 3% atau 7%.




3. Ikut Langkah No.1

Pastikan anda ikut langkah No.1 apabila bateri dah dinyahkan 100%. Caranya mudah, masukkan atau cucukkan kembali adapter/charger laptop anda dan tunggu sehingga ianya penuh kembali kepada 100%.




4. Ikuti langkah No.2

Sekali lagi pastikan anda ikuti langkah No.2 iaitu nyahkan kembali bateri laptop anda ke tahap 3% atau 7% dengan cara buka, cabut atau tutup suis adapter/charger anda. Anda boleh gunakan laptop anda untuk lakukan apa sahaja aktiviti yang anda suka sehingga bateri itu hampir habis.





Harus diingatkan, bateri laptop hendaklah dicas mengikut 4 kitaran amalan di atas ini lebih daripada sekali setiap bulan.

Jangan cas bateri laptop anda pada ketika bateri dibuka atau dipasang kepada laptop. Seelok-eloknya 'shut-down' dulu laptop anda bagi memastikan kesan yang lebih baik.

Sila buka atau cabut bateri daripada laptop apabila anda tidak menggunakan laptop dalam tempoh yang lama seperti pulang ke kampung atau ada kerja di luar kawasan. Jika anda biarkan bateri anda bersemadi dengan laptop dalam tempoh yang panjang, berkemungkinan bateri itu cepat rosak atau dalam bahasa IT 'kong'.





Jika anda merasakan artikel ini bermanfaat, sila 'share' dan sebarkan kepada rakan-rakan dan keluarga. Jika ada apa-apa tambahan atau komen boleh terus hubungi kami untuk penambahbaikan. Terima kasih. 

No comments:

Post a Comment