Anda tidak akan pernah tahu sekiranya
tidak diberitahu atau anda sendiri tidak ingin ambil tahu mengenai perkara ini.
Nampaknya macam perkara kecil, tetapi berbaloikah untuk kita membeli bateri
baru dan dalam hanya beberapa bulan sahaja bateri laptop kita itu tidak dapat
bertahan seperti ketika baru dibeli.
4 Amalan ini wajib dilakukan untuk
memastikan bateri laptop anda mencapai tahap yang terbaik!
1. Pastikan Bateri Anda dicas Penuh
Tidak kira samada bateri anda pada ketika
baru beli itu walaupun masih ada 50% kadar bateri, anda hendaklah cas dahulu
bateri laptop itu sepenuh-penuhnya (100%).
2. Nyahkan Kuasa Bateri Laptop Anda
Apabila bateri laptop anda dah 100% penuh,
sila cabut atau padamkan suis adapter/charger anda. Gunakan tanpa adapter/charger
ini sehingga kadar bateri itu betul-betul mencapai 3% atau 7%.
3. Ikut Langkah No.1
Pastikan anda ikut langkah No.1 apabila
bateri dah dinyahkan 100%. Caranya mudah, masukkan atau cucukkan kembali
adapter/charger laptop anda dan tunggu sehingga ianya penuh kembali kepada
100%.
4. Ikuti langkah No.2
Sekali lagi
pastikan anda ikuti langkah No.2 iaitu nyahkan kembali bateri laptop anda ke
tahap 3% atau 7% dengan cara buka, cabut atau tutup suis adapter/charger anda.
Anda boleh gunakan laptop anda untuk lakukan apa sahaja aktiviti yang anda suka
sehingga bateri itu hampir habis.
Harus diingatkan, bateri laptop hendaklah
dicas mengikut 4 kitaran amalan di atas ini lebih daripada sekali setiap bulan.
Jangan cas bateri laptop anda pada ketika
bateri dibuka atau dipasang kepada laptop. Seelok-eloknya 'shut-down' dulu
laptop anda bagi memastikan kesan yang lebih baik.
Sila buka atau cabut bateri daripada
laptop apabila anda tidak menggunakan laptop dalam tempoh yang lama seperti
pulang ke kampung atau ada kerja di luar kawasan. Jika anda biarkan bateri anda
bersemadi dengan laptop dalam tempoh yang panjang, berkemungkinan bateri itu
cepat rosak atau dalam bahasa IT 'kong'.
Jika anda merasakan artikel ini
bermanfaat, sila 'share' dan sebarkan kepada rakan-rakan dan keluarga. Jika ada
apa-apa tambahan atau komen boleh terus hubungi kami untuk penambahbaikan.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment